Pembangunan Web Malaysia | Website & Redesign | IhsanWorks
Perkhidmatan

Pembangunan web Malaysia untuk bisnes yang mahu laman web berfungsi, bukan sekadar wujud

Kami bina laman web WordPress yang laju, mesra telefon dan disusun mengikut cara pelanggan anda membuat keputusan. Selepas siap, anda boleh kemas kini sendiri tanpa terikat dengan sesiapa.

Perkhidmatan pembangunan web Malaysia oleh IhsanWorks

Kenapa laman web anda perlu lebih daripada sekadar cantik

Kebanyakan bisnes kecil di Malaysia bergantung sepenuhnya pada WhatsApp dan media sosial. Ia berkesan sehinggalah akaun disekat, algoritma berubah, atau pelanggan baharu mahu mengesahkan bahawa bisnes anda benar-benar wujud sebelum membayar. Laman web ialah satu-satunya aset digital yang anda benar-benar miliki, dan ia bekerja dua puluh empat jam tanpa anda perlu membalas mesej.

Masalahnya, ramai sudah ada laman web tetapi ia tidak membawa sebarang pertanyaan. Selalunya kerana halaman disusun mengikut struktur dalaman syarikat, bukan mengikut soalan yang bermain di fikiran pelanggan. Kerja pembangunan web Malaysia yang betul bermula dengan memahami perjalanan itu, kemudian barulah reka bentuk dan kod.

Pembangunan web Malaysia untuk laman perniagaan baharu

Website baharu untuk perniagaan

Untuk bisnes yang belum ada laman web, atau yang selama ini hanya guna pautan Linktree. Kami bina dari kosong: struktur halaman, susunan kandungan, borang pertanyaan dan asas SEO yang membolehkan anda mula muncul di carian Google.

  • Struktur halaman berdasarkan perjalanan pelanggan
  • Reka bentuk mengikut identiti jenama anda
  • Borang pertanyaan yang terus masuk ke emel anda
  • Mesra telefon dari hari pertama
  • Asas SEO on-page pada setiap halaman

Redesign laman web sedia ada

Kalau anda sudah ada laman web tetapi ia lambat, sukar dikemas kini, atau nampak ketinggalan berbanding pesaing, redesign selalunya lebih murah dan lebih cepat berbanding membina semula dari kosong. Sebelum memutuskan, baca punca sebenar laman web yang membosankan supaya anda tahu apa yang patut diubah.

  • Semakan laman sedia ada sebelum sebarang kerja bermula
  • Kekalkan kandungan dan kedudukan carian yang sudah ada
  • Susun semula struktur yang mengelirukan pelawat
  • Pindah ke WordPress jika platform lama menyusahkan
  • Pengalihan URL supaya trafik lama tidak hilang
Redesign laman web lama oleh pasukan pembangunan web Malaysia
Landing page kempen iklan hasil pembangunan web Malaysia

Landing page untuk kempen iklan

Halaman tunggal yang fokus pada satu tawaran sahaja. Sesuai untuk kempen Facebook, Instagram atau TikTok, di mana setiap pelawat datang dengan satu niat dan tidak patut diberi sepuluh pilihan.

  • Satu tawaran, satu tindakan yang jelas
  • Dibina laju supaya kadar pantulan rendah
  • Sesuai dengan mesej iklan yang membawa mereka masuk
  • Borang atau butang WhatsApp terus
  • Boleh disalin untuk kempen seterusnya

Bagaimana projek pembangunan web Malaysia dijalankan

Empat peringkat yang sama untuk setiap projek. Anda tahu di mana kedudukan kerja pada bila-bila masa, dan tiada apa yang dibina tanpa anda melihatnya dahulu.

Proses kerja projek pembangunan web Malaysia
01

Perbincangan dan skop

Kami tanya tentang bisnes anda, pelanggan anda dan apa yang anda mahu laman web ini lakukan. Hasilnya cadangan bertulis dengan harga tetap.

02

Struktur dan kandungan

Kami susun senarai halaman dan apa yang perlu ada dalam setiap satu. Anda semak susunan ini sebelum sebarang reka bentuk bermula.

03

Bina dan semak

Laman dibina di persekitaran ujian. Anda lihat hasil sebenar dan beri maklum balas, bukan sekadar gambar rekaan.

04

Lancar dan serah

Laman dipindahkan ke domain anda, disambung ke Google, dan anda diajar cara mengemas kini kandungan sendiri.

Apa yang anda dapat di sebalik reka bentuk

Setiap laman dibina di atas WordPress kerana ia platform terbuka yang tidak mengunci anda. Kalau suatu hari anda mahu berpindah kepada pembangun lain, anda boleh lakukannya tanpa kehilangan apa-apa.

Dari segi teknikal, kami pastikan laman memuat dengan pantas pada talian mudah alih, imej dimampatkan tanpa hilang kualiti, dan struktur pengepala disusun betul supaya Google faham kandungan setiap halaman. Sijil keselamatan, sandaran automatik dan tetapan kemas kini juga diuruskan sebelum penyerahan.

Kami turut sambungkan laman kepada Google Search Console supaya anda boleh lihat sendiri perkataan apa yang orang taip sebelum menjumpai anda.

Satu perkara lagi yang sering diabaikan ialah apa yang berlaku selepas pelawat menekan butang hubungi. Borang yang tidak menghantar emel, atau nombor WhatsApp yang tidak boleh diklik pada telefon, membuang segala usaha membawa mereka ke laman itu. Kami uji setiap borang dan setiap pautan sebelum penyerahan, kemudian uji semula selepas laman dipindahkan ke domain sebenar.

Kami juga sediakan halaman ralat yang berguna, supaya pelawat yang tersalah taip alamat tidak terus keluar tetapi dibawa kembali ke halaman utama atau senarai perkhidmatan.

Asas teknikal pembangunan web Malaysia di atas WordPress

Berapa kos pembangunan web Malaysia untuk bisnes anda

Kami tidak menyiarkan senarai harga tetap kerana dua projek yang kelihatan sama boleh berbeza kosnya sehingga dua kali ganda. Laman lima halaman dengan kandungan yang anda sediakan sendiri jauh lebih ringkas berbanding laman dua puluh halaman yang kandungannya perlu ditulis dari kosong.

Yang kami janjikan ialah harga tetap sebelum kerja bermula. Selepas perbincangan awal, anda terima cadangan bertulis yang menyenaraikan setiap item, tempoh masa, dan jumlah keseluruhan. Kalau anda kemudian mahu menambah sesuatu di luar skop itu, kami maklumkan kosnya dahulu sebelum meneruskan kerja.

Kalau bajet anda terhad, beritahu awal. Selalunya kami boleh cadangkan versi peringkat pertama yang lebih kecil tetapi berfungsi, kemudian anda tambah halaman apabila bisnes berkembang. Kami tulis panduan berasingan tentang upah buat website di Malaysia yang menerangkan julat harga dan kos tersembunyi dengan lebih terperinci. Kalau anda masih menimbang sama ada patut buat website sendiri, panduan itu membandingkan kedua-dua pilihan.

Yang mempengaruhi kos

  • Bilangan halaman dan kerumitan susunan
  • Sama ada kandungan ditulis oleh anda atau kami
  • Keperluan borang, tempahan atau pembayaran dalam talian
  • Pemindahan daripada platform lama
  • Bilangan pusingan semakan reka bentuk

Soalan lazim

Soalan anda tiada di sini? Hantar mesej, kami balas terus.

Laman perniagaan biasa mengambil dua hingga empat minggu. Yang selalu melambatkan bukan kerja teknikal tetapi kandungan, iaitu gambar produk, teks perkhidmatan dan maklumat harga. Kalau kandungan sudah sedia, ia boleh siap lebih awal.

Anda boleh, dan itu selalunya paling tepat kerana anda paling kenal bisnes anda. Kalau anda tiada masa, kami boleh tulis kandungan berdasarkan temu bual ringkas dengan anda, dan ini dikira sebagai kerja tambahan dalam sebut harga.

Boleh. Kami tunjukkan cara menukar teks, gambar, harga dan menambah artikel. Anda tidak perlu hubungi kami untuk perubahan kecil.

Domain dan hos dibeli atas nama anda supaya ia kekal milik anda. Kami boleh bantu memilih dan memasangnya, tetapi akaun itu milik anda sepenuhnya.

Boleh. Kami salin kandungan sedia ada, bina semula di WordPress, dan sediakan pengalihan URL supaya pautan lama tidak menjadi ralat.

Tiada, melainkan anda pilih pelan penyelenggaraan. Kos berterusan yang wajib hanyalah domain dan hos, dan itu dibayar terus kepada pembekal, bukan kepada kami.

Ceritakan bisnes anda, kami cadangkan struktur laman

Hantar sedikit maklumat tentang apa yang anda jual dan siapa pelanggan anda. Kami balas dengan cadangan struktur halaman dan anggaran kos.

Kandungan Visual & Video

Foto produk dan video ads untuk mengisi laman web anda.

Perkhidmatan SEO

SEO supaya laman yang siap benar-benar dijumpai di Google.

Jenama

Logo dan panduan warna sebelum laman web dibina.

Scroll to Top